Sabtu, 8 Jun 2013

Az-Zumar

Janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah (Az-Zumar:53)


Wahai tetangga kami, sesungguhnya angan-angan itu
hanyalah janji kosong belaka
dan bahawa kebanyakan penyebab keberhasilan itu
datang sesudah putus asa melanda diri

Seorang wanita berkata : "Suamiku mati pada saat aku usiaku 30 tahun, dan aku memiliki 5 anak lelaki dan perempuan darinya. Dunia seolah gelap gelita di mataku, dan aku menangis hingga hampir buta. Aku meyesali nasibku, aku berputus asa, kecelaruan menyelimutiku, dan kesedihan menghimpitku.

Anak-anakku masih kecil, dan kami tidak memiliki pendapatan yang menukupi. Aku berbelanja dengan sangat berhemat baki harta yang ditinggalkan oleh suamiku.

Suatu hari aku masuk ke dalam bilik untuk mendengar Al-Quran dari radio. Tiba-tiba seorang syeikh dalam siarannya mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

Barangsiapa yang banyak membaca istighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahannya dan menjadikan kelapangan dari setiap kesempitannya.

Selepas itu aku memperbanyak istighfar, demikian juga anak-anakku, aku perintahkan mereka untuk melakukan hal yang sama. Hasilnya, tidak lebih dari 6 bulan kami mendapatkan tawaran projek untuk barang yang kami miliki dengan keuntungan wang berjuta-juta.

Selanjutnya, anakku yang pertama dapat masuk sekolah di daerah tempat kami berada. Ia berjaya menghafalkan Al-Quran dan menjadi pusat perhatian dan simpati orang ramai. Kini rumah kami dipenuhi dengan kebaikan dan kehidupan kami menjadi sejahtera. Allah memperbaiki keadaan semua anak lelaki dan perempuanku.

Kini lenyaplah semua kesusahan, kecemasan dan kesedihan yang sebelumnya begitu mencengkam diriku dan akupun berubah menjadi wanita yang paling bahagia.

Bekalan : Jika anda menyerah pada keputusasaan, anda tidak akan dapat berbuat sesuatu pun dan tidak akan dapat meraih kebahagiaan.

Sekian.

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...