Sabtu, 30 November 2013

berkongsi rasa cinta





mulianya cinta berlandaskan islam

kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan

manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.


kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah

masing-masing ingin selamat-menyelamatkan

antara satu sama lain dari segi hubungan

dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu

yang abadi di akhirat.


::Ingat Allah::

Khamis, 28 November 2013

cari ilmu



mereka yang takutkan Allah itu adalah ulama'

tak semestinya pakar dalam bidang agama sahaja yang digelar ulama

pakar bidang sains, engineer dan lain-lain jugak dipanggil ulama'

carilah ilmu . .

asalkan ilmu itu mendekatkan kita pada Pencipta . .

::Ingat Allah::

Isnin, 25 November 2013

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW



Khutbah ini disampaikan pada 9 haribulan Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Padang Arafah

Wahai manusia!
Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan ini. Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini. Dan sampaikanlah kepada orang-orang yang tidak hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia!
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota suci ini , maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang islam itu amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah! Kamu pasti menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu , segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Waspadalah terhadap syaitan , demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar , maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.

Wahai manusia!
Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri-isterimu , maka mereka juga mempunyai hak ke atas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas diri kamu , maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanlah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia dan hak kamu ke atas mereka ialah , mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Ahad, 24 November 2013

kampung

 

kita boleh berubah. manusia boleh berubah. tapi, kita perlukan kekuatan dan keberanian untuk berubah. mintalah dengan Allah. Dia Maha kuasa atas sesuatu. berubah ke arah yang lebih baik. aku teringat dulu waktu petang pergi belajar mengaji di balasoh (surau). emak aku panggil dengan nama tersebut. masa tu masih sekolah rendah. lagipun dekat je. belakang rumah aku. ada mak cik tu kawan emak aku yang ajar aku. emak aku memang suka berkawan. aku rasa aku belajar dengan 2 3 orang guru. tapi, yang paling lama dengan guru itu. aku tak ingat nama dia. aku rasa dia baik. masa lepas ngaji kalau aku terserempak dengan dia masa naik basikal, dia selalu senyum.

sekian.

Sabtu, 23 November 2013

macam lembu


Seorang lelaki tengah bawak kereta ,
tiba2 ada seorang perempuan bawak kereta potong kereta dia .

Lelaki tuu jerit '' woi woi Lembuuuuuuuu '' !!
Perempuan tuu balas balik '' hang tuu kambing, keldai, monyet, orang utan " !!

Tiba2 perempuan tuu eksiden terlanggar sekawan lembu ,

Lelaki : kan aku cakap LEMBU,LEMBU ! tuu laa x nak dengar .

Hehehek... :D

::bersangka baik ye::

Khamis, 21 November 2013

berhati-hati




Berhati-hati dengan pemikiran kamu.
Kerana ia kan melahirkan perkataan.
Berhati-hati dengan perkataan kamu.
Kerana ia akan melahirkan perbuatan.
Berhati-hati dengan perbuatan kamu.
Kerana ia akan melahirkan tabiat.
Berhati-hati dengan tabiat kamu.
Kerana ia kan akan membentuk karekter kamu.
Berhati-hati dengan karakter kamu.
Kerana ia kan menentukan destinasi .
Sama ada kegembiraan ataupun kebinasaan..

ingin hati dia


"Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya…

::Ingat Allah::

Sabtu, 16 November 2013

semoga kita berbahagia


Bismillah:
Antara kebahagian seorang itu, 
1. Memiliki isteri yang solehah.
2. Anak-anak yang soleh.
3. Sahabat/teman yang soleh.
4. Rezeki ditempat sendiri(tidak perlu merantau)
"Semoga kita dikurniakan 4 perkara di atas"
"Semoga lahir daripada diri kita ini mereka2 yang menjadi wali Allah''

Rabu, 13 November 2013

anwar nursi


Hidup ini sekali, biarlah ianya bererti....


Kehidupan di dunia ini tidak selamanya berjalan seperti yang kita rancang dan yang kita

harapkan. Sekali kita gembira, sekali kita berduka, sekali kita rehat dan sekali kita bekerja,

sekali kita berjaya dan sekali kita kecewa.


Sayyid Badiuzzaman Said Nursi pernah berkata, “Orang yang mengenal dan taat kepada 

ALLAH ia akan bahagia meskipun berada dalam penjara. Orang yang tidak mengenal-NYA 

akan sengsara meskipun berada dalam istana.”


As Syahid Sayyid Qutb berkata, “Kehidupan materialisma yang menggugat dunia

diumpamakan seperti kagumnya anak-anak kecil terhadap pakaian berlukis dan mainan

berwarna-warni.”


Hidup ini hanya sekali, biarlah ianya bererti. Sesungguhnya hanya orang yang berusaha yang

akan memperolehi hasil titik peluh dan pengorbanannya. Biarlah kita rugi di sini tetapi jangan

pula kita muflis di akhirat kelak.

Selasa, 12 November 2013

berpasangan


diciptakan setiap perkara itu berpasangan
ada hidup 
dan ada mati

dan dalam hidup ini
cuma ada 2 pilihan
samada nak jadi baik...atau jadi jahat

sebab bila mati nanti
kita cuma ada 2 kesimpulan
syurga
atau neraka..

Khamis, 7 November 2013

senarai puasa sunat 2014



*Senarai PUASA SUNAT 2013-2014* Sepanjang 1435 H

1. PUASA 1-9 MUHARAM = 5-13 NOV 2013

2. PUASA HARI ASYURA iaitu PADA 10 MUHARAM BERSERTA SEHARI SEBELUMNYA IALAH PADA 13 - 14 NOV 2013

3. PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS : MANA-MANA HARI ISNIN DAN KHAMIS KECUALI HARI TASYRIK 11 ZULHIJJAH = 6 OKT 2014 (ISNIN) 

4. PUASA HARI PUTIH PADA 13, 14 DAN 15 HARI BULAN SETIAP BULAN HIJRAH SPR BERIKUT:
MUHARAM = 17-19 NOV 2013
SAFAR = 16 -18 DIS 2013
RABIULAWAL = 15-17 JAN 2014
RABIULAKHIR = 13-15 FAB 2014
JAMADILAWAL = 15-17 MAC 2014
JAMADILAKHIR = 13-15 APR 2014
REJAB = 13-15 MEI 2014
SYAABAN = 11-13 JUN 2014
SYAWAL = 09-11 OGOS 2014
ZULKAEDAH = 08-10 SEPT 2014
ZULHIJJAH = 08-10 OKT 2014

5. PUASA SUNAT REJAB = 1-29 MEI 2014

6. PUASA SUNAT SYAABAN ( KECUALI HARI SYAK 30 SYAABAN) = 30 MEI- 27 JUN 2014 

7. PUASA ENAM ( PUASA MANA-MANA ENAM HARI SYAWAL KECUALI 1 SYAWAL IALAH antara 29 JULAI - 26 OGOS 2014

8. PUASA 1- 8 ZULHIJJAH = 26 SEPT-3 OKT 2014 

9. PUASA HARI WUQUF
(BAGI MEREKA YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI) = 4 OKT 2014

Semoga Allah mempermudahkan urusan ibadat kita kepadaNya dan menerima amalan puasa kita.

Allah telah memberitahu kepada Nabi saw di dalam sebuah hadith yang maksudnya, “Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (Allah) dan akulah yang langsung membalasnya.” (riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim)


sumber

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...