(yaitu) mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, kecuali kesalahan-kesalahan kecil. Sungguh, Tuhanmu Mahaluas ampunanNya. Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa. [An Najm: 32]
Pada waktu bersujud, bisikkan semua urusan anda kepadaNya,kerana Dia Maha Tahu yang tersamar dan tersembunyi. Dan jangan sekali-kali anda perdengarkannya kepada orang di sekitar, sebab cinta itu milikNya, sementara orang tidak sama, ada yang tidak suka dan ada pula yang mahu membantu (pujangga)
Jumaat, 28 Mac 2014
Khamis, 20 Mac 2014
yang putih itu
Yang putih tidak mesti indah.
Yang hitam tidak mesti buruk.
Kain kafan itu putih, namun menakutkan.
Ka'bah itu hitam, namun ia elok dan bersahaja.
Manusia itu dinilai karena akhlaknya bukan karena rupanya.
Seandainya kejantanan itu ditengok dari lantangnya suara.
Niscaya anjing adalah pemimpinnya para lelaki sejati.
Seandainya kecantikan itu diukur dengan ketelanjangan.
Niscaya kera adalah makhluk paling cantik.
Sebelum engkau mengangkat pandangan ke langit untuk meminta kepada Allah sesuatu yang tidak ada.
Tundukkanlah pandanganmu lalu syukurilah apa yang ada.
Isnin, 17 Mac 2014
alam
Kenapa. Manusia suka dengki dengan manusia lain. Tak boleh kalau tengok orang lain lebih daripada dia, kalau mereka ni rendah daripada dia, tak mengapa. Egokah dirimu wahai manusia. Tidak sedarkah dirimu bahawa kau hanyalah seorang hamba di atas muka bumi ini. Hamba yang boleh memilih apa yang kau mahu. Mampu merancang kehidupan yang kau mahu.
Tetapi, itulah. Sifat egomu terlalu tinggi. Nafsumu tidak pernah puas dengan apa yang kau dapat. Selepas dapat kereta kancil, mahu waja, lepas dapat waja, mahu saga. Sampai bila kau akan dapat memuaskan nafsumu yang semakin menggila itu.
Sedarlah wahai diri, kau semakin menuju kepadaNya. Umurmu semakin lama semakin singkat. Sudah cukupkah bekalan untuk menuju ke alam sana?
Wahai bakal jenazah-jenazah sekalian ...
Ahad, 16 Mac 2014
Jumaat, 14 Mac 2014
bulan 3 2014
jerebu - pertama kali alami jerebu tahun 90-an. masa tu budak-budak lagi.
kehilangan pesawat MH370 - setiap kali tengok kapal terbang mesti aku terfikir benda berat macam tu boleh terbang?
denggi - tak pernah kena denggi
catuan air [selangor] - sebab sekarang nie aku duduk di selangor.
Rabu, 12 Mac 2014
biarkan
Biarkanlah hari-hari berbuat semaunya
Berlapang dada-lah jika takdir menimpa
Jangan berkeluh-kesah atas musibah di malam hari
Tiada musibah yang kekal di muka bumi
Jadilah laki-laki tegar dalam menghadapi tragedi
Berlakulah pema’af selalu menepati janji
Jika banyak aibmu di mata manusia
Sedang engkau berharap menutupinya
Bersembunyilah engkau di balik derma
Dengan derma aibmu tertutup semua
Jangan pernah terlihat lemah di depan musuhmu
Sungguh malapetaka jika musuh menertawaimu
Jangan berharap dari orang kikir kemurahan
Di neraka tiada air bagi orang yang kehausan
Rizkimu tidak berkurang karena kerja wajar perlahan
Berlelah-lelah tidak menambah rizki seseorang
Tiada kesedihan yang kekal tidak pula kebahagiaan
Tiada kesulitan yang abadi tidak pula kemudahan
Jika engkau berhati puas dan mudah menerima
Sungguh, antara engkau dan raja dunia tiada beda
Barangsiapa kematian datang menjemputnya
Langit dan bumi tak kan mampu melindunginya
Bumi Allah begitu lapang luas membentang
Namun seakan sempit kala ajal menjelang
Biarkanlah hari-hari ingkar janji setiap saat
Kematian tak mungkin dicegah dengan obat
-Imam Syafie Rahimahullah
Sabtu, 8 Mac 2014
catatan
(Allah berfirman), '' Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan kepadamu dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan'' [ Al Jasiyah : 29]
Jumaat, 7 Mac 2014
kisah gigi
Ceritanya bermula begini, aku dah tak tahan gigi aku sakit. Jadi, aku buat keputusan nak jumpa doktor gigi walaupun sebenarnya aku tak suka jumpa doktor.
Tampalan gigi dibuat di klinik UPSI. Ini pengalaman kedua aku buat tampalan gigi.
Kepada pelajar-pelajar upsi, sila gunakan kemudahan yang disediakan di klinik UPSI. Sebab kalau nak buat kat klinik swasta memang mahal lah kan. Klinik UPSI menyediakan rawatan secara percuma bernilai Rm 100 untuk pelajar mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan dalam tempoh satu semester. Gigi yang banyak rosak dan melebihi Rm 100, pelajar kena tambah duit sendiri ataupun tunggu jelah semester depan. Sanggup ke kalau dah sakit sangat? Tampalan gigi berharga RM 2o untuk setiap batang gigi.
Masa buat rawatan tu, sempat lagi doktor tu berborak dengan pembantu dia. Aku dah cuak. Kang doktor ni tampal gigi aku salah ke? Aku sempat jugak dengar diorang cakap pasal alatan tak cukup lengkap dalam bilik pergigian tu. Hmm, patutlah aku kena buat rct(root canal treatment) dekat klinik tanjong malim.
Aku dah takut dengar doktor tu cakap kena matikan akar. Rasa macam sakit je buat benda tu. Untuk melegakan ketidaktenteraman hati ni, aku try lah tanya cik google, rupanya taklah sepertimana yang aku bayangkan.
Sila jaga gigi baik-baik ye.
Langgan:
Catatan (Atom)
lima bahasa kasih sayang
1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...
-
Etika di meja makan merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada setiap individu. Cara kita makan menunjukkan keperibadian diri kita. Makan ...
-
Assalam.. Hari nie nk buat tutorial cara nk tahu berat blog korang.. sila ikuti step di bawah ye.. 1. Buka laman web nie 2. Kemudian, ...
-
rahsia di sebalik tarikh lahir.. xsemua tilikan di bawah tarikh lahir itu benar.. jom tengok video nie.. moga mendapat manfaat..