Sabtu, 31 Mei 2014

anak tak menjadi

Anak yang menjadi vs yang tak menjadi...


Cikgu Zakuan adalah seorang guru cemerlang yang begitu berjaya di dalam kerjayanya. Beliau dan isterinya Maimunah (juga seorang guru) mempunyai anak yang ramai dan pandai.

Semua anak-anak mereka berjaya dalam akademik dengan ijazah perubatan, ijazah sarjana dan ada juga yang memiliki ijazah kedoktoran falsafah di universiti yang terkenal di dalam dan di luar negara.

Ringkasnya, semua anak-anak mereka kini berjawatan tinggi dan bergaji besar kecuali anak ke duanya yang tidak begitu ‘menjadi’ dan hanya melakukan kerja-kerja pertanian di kampung sahaja.

Namun apabila Cikgu Zakuan dan Cikgu Maimunah telah sampai ke tahap usia emas, ke semua anak-anaknya yang hebat dan berjaya tadi terus menetap di KL, Ipoh dan JB kerana berdekatan dengan institusi tempat mereka bekerjaya. Anak-anaknya yang mempunyai posisi istimewa di dalam kerjaya ini tidak mempunyai banyak kesempatan untuk meluangkan banyak masa dengan mereka yang semakin tua melainkan panggilan talipon dan ziarah di hari raya yang sangat mereka nanti-nantikan.

Tinggallah Angah, anak ke duanya yang merupakan seorang petani yang dikatakan oleh orang ramai sebagi tidak ‘menjadi’ itu. Angahlah yang tekun berkhidmat dengan mengiringi Cikgu Zakuan dan isterinya yang semakin tua ke masjid setiap hari dan juga menemani mereka menyertai aktiviti masyarakat kampung yang lainnya sehinggalah mereka berdua meninggal dunia.

Moga-moga kita berjaya memiliki anak-anak 'yang menjadi' dari pandangan 'mata hati'....





sumber: Dr Zainur Rashid Zainuddin

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...