Hidup kita ini penuh kepura-puraan. Atau kita perlu berpura-pura untuk hidup. Kita berpura-pura demi kepentingan diri sendiri dan orang lain. Kita cakap, "masakan awak sedap", padahal ianya terasa masin. Kita berpura-pura demi menjaga hati orang lain. Kita juga berpura-pura berbaik dengan orang lain demi untuk menyakitkan hati orang tertentu. Atau dalam kata lain, membalas dendam.
Perlukah untuk berpura-pura. Dalam zaman sekarang, untuk survival hidup. Ramai yang memilih untuk berpura-pura. Kita terpaksa. Berpura-pura senyum dalam keadaan marah dapat menyelamatkan keadaan. Bayangkan jika kita ikutkan perasaan marah, pasti keadaan akan menjadi huru hara. Berpura-pura dengan harapan semuanya akan baik-baik sahaja pada akhirnya.
Bukan kita yang hanya merancang, Allah juga turut merancang. Jadi, rencanakan perkara yang baik-baik dalam hidup kita. Agar suatu hari nanti ianya tidak memakan diri sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan