Khamis, 1 Mei 2014

boleh baca tapi jangan percaya


Berkenaan dengan personaliti berdasarkan tarikh lahir. Boleh baca tapi jangan percaya. 

Barnum effect. Kecenderungan individu untuk percaya tentang karekter diri mereka walaupun ianya terlalu umum dan kabur seperti yang terdapat di dalam pelbagai ujian personaliti. 

Contoh, "Anda seorang yang rajin". Ianya terlalu umum. Adakah anda masih bersikap rajin apabila berada seorang diri di rumah. Pernyataan yang jelas, "Anda akan bersikap rajin apabila anda menerima kenaikan gaji". Anda rajin kerana anda memperoleh ganjaran, iaitu gaji. Bukan setiap masa anda rajin. kann...

Anda mengenali sikap anda lebih baik daripada orang lain. Kenapa perlu terpengaruh dengan apa yang orang cakap. Jadi diri sendiri dalam keadaan orang lain ingin mengubah anda menjadi orang lain.

Orang bercakap dengan kita dengan pelbagai motif. Ada yang mahu berkenalan. Ada yang memuji. Ada yang mahu bermanis mulut sahaja. Lidah boleh mengeluarkan beribu patah perkataan. Tetapi, yang manakah benar-benar ikhlas?

sekian.

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...