Sabtu, 20 Disember 2014

salah dia


Apabila berlaku satu konflik, senang nak letakkan kesalahan atas bahu orang lain.

‘’Sebab dialah aku jadi macam ni’’
‘’nie semua salah dia’’
‘’benda ni takkan jadi kalau dia tak buat macam tu’’

Tapi, sedarkah wahai diri. Apa yang kamu dah buat. Apa tindakan kamu. Kalau kamu hanya mengatakan bahawa perkara itu berlaku disebabkan oleh dia, dia  dan dia. Apa peranan kamu dalam memastikan bahawa perkara itu berlaku mengikut perancangan kamu. Kamu hanya mengata, mengutuk, dan sebagainya. Tetapi, dimanakah tindakan kamu.

Ya. Memang betul dia berhak buat keputusan. Dan kamu hanya mengikut apa yang telah diputuskan. Tetapi, kamu mengata di belakang. Wajarkah tindakan itu. Dan apabila dikonfrantasi, kamu mula berkata :

‘’Dia dah biasa buat cara dia’’
‘’cakap apa pun tak guna’’

Sedarkah, bahawa kamu belum pun mencuba untuk bercakap dengan dia. Dan kamu merembeskan kemarahan kamu kepada orang lain yang tidak ada kaitan pun dengan masalah antara kamu dan dia.


Lebih baik perbaiki diri sendiri dari mengata orang lain. Mengata orang yang sememangnya ‘tersilap’ dalam membuat keputusan tidak menjadikan kamu lebih baik dari orang itu.

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...