Isnin, 1 Disember 2014

senyum untuk hidup

Harapkanlah kebahagiaan
dan jangan harapkan kesengsaraan

Jadikanlah gubuk istana,
Rancanglah kediaman dari rumahmu yang dari tanah
bukan dari istanamu yang dari gading

Manakala engkau tersenyum sedangkan hatimu yang penuh dengan duka nestapa, maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan. Jangan ragu2 untuk tersenyum, kerana di dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan tersenyum. Jangan menekan kekuatan itu, kerana dengan menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk ke dalam botol penderitaan. Tersenyum tidak akan membahayakanmu. Bicaralah dengan orang di sekitarmu dengan bahasa kalbu. Alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa senyum.

Stephen Gazzel menyatakan: '' Senyuman adalah suatu keharusan dalam bermasyarakat.'' Ada benarnya apa yang telah dikatakannya itu, kerana bila anda ingin bergaul dengan orang lain, anda harus bersikap baik dengan mereka. Anda harus menyedari bahawa kehidupan bersosial menuntut anda untuk pandai membawa diri dan menyesuaikannya dengan keadaan. Di antara kepandaian itu ialah murah dengan senyuman, kerana semua orang pasti senang dengan senyuman.

Ketika engkau tersenyum di hadapan orang lain, maka engkau sedang memberikan kepada mereka kehidupan yang indah, optimis dan khabar gembira yang mereka harapkan. Namun, ketika anda menemui orang lain dengan wajah kusut dan garang, maka sesungguhnya anda telah menyiksanya dengan hal itu serta mengeruhkan suasana indah dan jernih dari kehidupan mereka. Jadi kenapa anda rela menjadi penyebab kesengsaraan orang lain?''

p/s: kemuliaan hanya akan diberikan kepada mereka yang selalu mendambakannya dengan penuh kesabaran.



Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...