Ahad, 4 September 2011

sentiasa termotivasi


                                               

Lihat Allah s.w.t ingin kita sentiasa bermotivasi untuk mencapai kebaikan syurga. Berlumba-lumba. Manusia sering berlumba bagi perolehi nikmat sementara dunia, harta, nama dan pangkat.
Ingatlah sekaya-kaya Lim Goh Tong yang memiliki billion ringgit wang juga tidak dapat menangguhkannya dari kematian. Tidak juga boleh merasuah Allah s.w.t untuk memberikan kontrak hidup untuk 3 tahun lagi.
Jadilah dan kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.
Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu dikemudian hari.
Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis.
Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi.
Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia akan mati jua.

                                        

JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN.
Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi.

2 ulasan:

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam;
kejadian alam semulajadi adalah model motivasi nyata..untuk manusia.

Unknown berkata...

@yusuflailiwasalam,kejadian alam membuatkan manusia berfikir tentang kehebatan Allah s.w.t

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...