Isnin, 24 Oktober 2011

MINYAK WANGI ISTEMEWA

                                                  

Ada seorang mamat masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat 8 sebuah bangunan.


Sampai di tingkat 1 , masuk seorang gadis cun lalu menyembur minyak wangi ke tubuhnya . "Ini minyak wangi mahal taw , jenama Beverly Hills , RM400 sebotol ," katanya dengan sombong. Mamat itu bengang giler.


Apabila tiba di  tingkat 3 , masuk pula seorang mak datin , juga menyembur minyak wangi ke tubuhnya. "Minyak wangi Vecinza dari Itali berharga RM1000 sebotol tau ," kata mak datin lagi angkuh. Sampai di tingkat 8 , pintu lif terbuka dan mamat tadi  bersedia untuk keluar dari lif.



"Pr0000tttt!!!". Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan 'gas aslinya' dalam lif. "Telur rebus kedai mamak , tak mahal cuma 50 sen sebiji jer..." kata mamat tu selamba sambil meninggalkan kedua2 perempuan yang mula muntah di dalam lif. 
Catat Ulasan

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...