Kenangkan keutamaan org yg dapat mengawal perasaan dan ganjaran2 yg Allah janjikan kpd org yg menahan kemarahannya. Antara lain , janji Allah di dlm al-Quran yg bermaksud ; '' bersegeralah menuju pengampunan Tuhanmu serta syurga yg luasnya adalah seluruh langit dan bumi. Itu disediakan utk org2 yg bertaqwa , iaitu org2 yg suka membelanjakan hartanya dlm keadaan cukup @ kurang rezeki serta org2 yg suka menahan kemarahannya dan pula yg gemar memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai org2 yg berbuat kebaikan'' ( Ali Imran:133-134)
Ingati juga balasan yg Allah sediakan di akhirat kpd org yg menghamburkan perasaan marah. Rasulullah SAW bersabda : '' Janganlah kamu putus memutuskan hubungan , belakang membelakangi , benci membenci dan hasut menghasut. Hendaklah kamu menjadi hamba Allah yg bersaudara satu sama lain dan tidaklah halal bagi org Islam mendiamkan (tdk bertegur sapa) saudaranya lebih dr 3 hari'' (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Fikirkan akibat drpd sifat pemarah yg boleh memudaratkan diri , apabila pihak lain turut membalas perlakuan kita dgn sifat serupa. Ingatlah sebagai hamba Allah kita tdk dapat lari drpd memiliki banyak kelemahan dan melakukan kesilapan. Begitu juga orang lain.
Bandingkan diri kita yg bersikap pembengis dgn seekor binatang yg buas lagi liar. Kemudian kenangkan pula peribadi para rasul , nabi , alim ulama dan org2 soleh yg mulia. Maka hati kita akan terdorong utk menjauhi tabiat binatang , sebaliknya terdorong utk mengamalkan sikap yg diwarisi org2 yg mendapat kedudukan istemewa dan dikasihi Allah sebagai teladan peribadi.
Tanya diri kita , kenapa kita harus menurutkan perasaan marah? Apa puncanya? Kita akan sedari bahawa ia tdk lain drpd mengikut nafsu dan bisikan syaitan. Dan kita insaf bahawa ianya hanya mengajak kpd kejahatan dan kederhakaan terhadap Allah. Mengikut bisikan kedua2 musuh dlm diri ini bermakna menempuh padah di akhirat kelak. Dengan mengenang semua ini , kita dpt memujuk hati agar bersikap sabar dan pemaaf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan