Jumaat, 14 Jun 2013

10 waktu berselawat

10 Waktu Di galakkan Berselawat 


1. Sesudah laungan Azan
2. Ketika Hendak Masuk Dan keluar daripada masjid
3. Dalam Solat Jenazah
4. Dalam Takbir-takbir hari raya
5. Sewaktu membaca takhiyat akhir Solat
6. Pada Awal Dan Akhir Doa
7. Pada Malam dan siang Hari Jumaat
8. Dalam Khutbah dan Bacaan Doa Qunut
9. Ketika orang Menyebut nama Rasulullah s.a.w
10. Dalam Majlis ilmu, ketika susah, sakit dan sebagainya

Sumber : Kitab Indahnya hidup bersyariat

Selasa, 11 Jun 2013

ambil kunci

Sesungguhnya kemudahan itu datang sesudah kesulitan


Kulihat kebahagiaan bukan milik orang 
yang berharta banyak, melainkan kebahagiaan itu
hanyalah milik orang yang bertaqwa

Lembaran pertama kebahagiaan dalam daftar buku harian, dan kegiatan kesihatan pertama dalam urutan kegiatan di siang hari adalah solat subuh. Oleh itu, mulai saat ini bukalah hari anda dengan solat subuh. Dengan demikian, anda berada dalam perlindungan dan ikutan janji dengan Allah. Anda juga berada dalam pemeliharaan dan penjagaanNya. Dia pasti menjaga anda dari segala yang tidak baik, lalu menunjukkan anda kepada setiap kebaikan, mengarahkan anda kepada setiap keutamaan, dan mencegah anda dari segala yang hina.

Sesungguhnya tidak akan berkah hari-hari yang tidak diawali dengan solat subuh, kerana Allah tidak akan menjadikan siang hari menjadi dinamik.

Sesungguhnya solat subuh merupakan awal tanda penerimaan, keberhasilan yang tercatat dalam buku; tanda kemenangan, kemuliaan, keteguhan dan keberhasilan. Selamat bagi setiap orang yang menunaikan solat subuhnya dan beruntunglah bagi tiap orang yang menunaikan solat subuhnya. Kesejukan hati hanyalah bagi orang yang memelihara solat subuh; dan kesengsaraan , penderitaan dan kekecewaan hanyalah bagi orang yang melupakan solat subuhnya.

Bekalan: Bantahan yang melulu dan memperdebatkan hal-hal yang remeh temeh dapat mengeruhkan kejernihan dan memudarkan keindahan nuansa kehidupan

sekian.

Isnin, 10 Jun 2013

perbandingan

Every day spend a few minutes thinking about this DUNYA in comparison to the AKHIRAH...

Then IMAGINE how would it be if you are from the ones being put into the Hellfire...


Just a serious thought of it, is bound to change the way you live your life. 

May Allah increase us in guidance & make us of the successful ones in Dunya & Akhirah! Aameen!

Sabtu, 8 Jun 2013

Az-Zumar

Janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah (Az-Zumar:53)


Wahai tetangga kami, sesungguhnya angan-angan itu
hanyalah janji kosong belaka
dan bahawa kebanyakan penyebab keberhasilan itu
datang sesudah putus asa melanda diri

Seorang wanita berkata : "Suamiku mati pada saat aku usiaku 30 tahun, dan aku memiliki 5 anak lelaki dan perempuan darinya. Dunia seolah gelap gelita di mataku, dan aku menangis hingga hampir buta. Aku meyesali nasibku, aku berputus asa, kecelaruan menyelimutiku, dan kesedihan menghimpitku.

Anak-anakku masih kecil, dan kami tidak memiliki pendapatan yang menukupi. Aku berbelanja dengan sangat berhemat baki harta yang ditinggalkan oleh suamiku.

Suatu hari aku masuk ke dalam bilik untuk mendengar Al-Quran dari radio. Tiba-tiba seorang syeikh dalam siarannya mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

Barangsiapa yang banyak membaca istighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahannya dan menjadikan kelapangan dari setiap kesempitannya.

Selepas itu aku memperbanyak istighfar, demikian juga anak-anakku, aku perintahkan mereka untuk melakukan hal yang sama. Hasilnya, tidak lebih dari 6 bulan kami mendapatkan tawaran projek untuk barang yang kami miliki dengan keuntungan wang berjuta-juta.

Selanjutnya, anakku yang pertama dapat masuk sekolah di daerah tempat kami berada. Ia berjaya menghafalkan Al-Quran dan menjadi pusat perhatian dan simpati orang ramai. Kini rumah kami dipenuhi dengan kebaikan dan kehidupan kami menjadi sejahtera. Allah memperbaiki keadaan semua anak lelaki dan perempuanku.

Kini lenyaplah semua kesusahan, kecemasan dan kesedihan yang sebelumnya begitu mencengkam diriku dan akupun berubah menjadi wanita yang paling bahagia.

Bekalan : Jika anda menyerah pada keputusasaan, anda tidak akan dapat berbuat sesuatu pun dan tidak akan dapat meraih kebahagiaan.

Sekian.

Selasa, 4 Jun 2013

kisah yang aneh

Orang yang penyabar dapat meraih perkara yang terbaik



Ya Tuhanku, mula-mula hal yang dikatakannya
oleh hati kecilku adalah:
"Aku selalu ingat kepadaMu
baik dalam batinku mahupun dalam zahirku"

Setelah berpisah selama lebih dari 20 tahun, Allah mempertemukan-dalam kisah yang aneh-antara seorang ibu dan anaknya yang berumur 25 tahun, setelah dipisahkan oleh liku-liku kehidupan. Hal itu terjadi pada saat puterinya menikmati bulan madunya di sebuah tempat peranginan di gunung Saudah di Kota Abha, Arab Saudi.

Disebutkan bahawa ibunya telah bernikah lagi setelah bercerai dari suami pertamanya yang ketika itu usia anak perempuannya itu baru 30 tahun. Keadaan kerja suami keduanya yang selalu berpindah-randah dari suatu kota ke kota yang lain menghalangi sang ibu untuk menjenguk puteri yang ditinggalkannya dalam pemeliharaan suami pertamanya.

Pada suatu hari yang indah di musim panas di gunung Saudah, sang puteri bertemu dengan salah seorang ibu di tempat peranginan. Mereka berbincang-bincang dan keduanya tidak saling mengenal, kerana sang ibu meninggalkan puterinya ketika masih berumur 3 tahun.

Di tengah-tengah perbincangan, sang ibu melihat salah satu jari puterinya yang terpotong, kemudian sang ibu menanyakan tentang ibunya. Sang puteri pun menceritakannya. Seketika itu sang ibu menyedari pertemuan dengan puterinya di hadapan wajahnya setelah berpisah selama 20 tahun lebih.

Sang ibu terus memeluknya dan menciumi wajahnya dgn kasih sayang dan cinta yang mendalam. Kerinduan yg dipendamnya begitu lama pecah seketika.

Bekalan: Memikirkan kebahagiaan beerti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti. Dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri. 


lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...