Sabtu, 7 Disember 2013

ppkk serendah

program serendah

semua yang duduk kat sini lelaki. masa buat program mereka sangat aktif. tak hairanlah kalau kitorang buat program ceramah jea, mesti diorang bosan lah. tapi, program nie lebih kepada aktiviti-aktiviti luar. masa buat aktiviti dalam dewan pun lebih kepada fizikal.

remaja yang duduk sini ada yang sekolah rendah dan sekolah menengah. di sini mereka diajar lebih kepada program berbentuk kemahiran. mereka yang duduk sini bercampur, ada cina, india tapi kebanyakan adalah melayu. mula-mula ingatkan diorang kena hantar sini sebab masalah sosial ke apa, tapi mereka cakap keluarga yang hantar. sebagai fasilitator, nak kawal diorang nie agak sukar, sebab diorang sangat aktif. tapi, diorang boleh dengar arahan kitorang jugak.

bagi aku, diorang nie ada potensi nak dikembangkan. cuma perlu tahu cara untuk dekati mereka. dalam konteks yang lebih bagus, mereka juga bercita-cita untuk berjaya dalam hidup. ada yang cakap 'saya spm tahun nie, saya nak dapat 2A lepas tu nak masuk Uni kat perak'. nampak tak dia ada cita-cita untuk berubah ke arah lebih baik. cuma perlukan sokongan

remaja yang duduk sini kena habiskan pengajian sampai umur 18 tahun, lepas tu keluar dan hidup berdikari. harap ilmu yang diorang belajar dapat membantu mereka meneruskan kehidupan masa berada di luar lingkungan pusat tersebut. 

dunia luar amat berbeza. kita akan jumpa macam-macam orang dengan pelbagai karenah. pandai-pandailah jaga diri. walau apapun, program nie memang best walaupun penat. harap dapat join lagi aktiviti macam nie pada masa depan.



Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...