"...Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)".
[Surah al-Furqan | ayat 20]
Adakah kita ini bertemu dengan orang yang salah dalam hidup?
Dipertemukan dengan teman sebilik yang menyakitkan hati?
Dipertemukan dengan teman sekuliah yang menyesakkan dada?
Dikurniakan saudara mara yang suka mengata di belakang?
jawapannya TIDAK.
jawapannya TIDAK.
Kerana apa? Kerana Allah sudah sebut dalam al-quran bahawa semua itu 'dihidangkan' kepada kita adalah sebagai ujian. Ujian untuk melihat tahap kesabaran kita.
Allah hadirkan sesuatu musibah atau dugaan, pasti disebaliknya terselit hikmah. Tadbir urus Allah itu sangat sempurna
::Ingat Allah::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan