Sabtu, 31 Mei 2014

anak tak menjadi

Anak yang menjadi vs yang tak menjadi...


Cikgu Zakuan adalah seorang guru cemerlang yang begitu berjaya di dalam kerjayanya. Beliau dan isterinya Maimunah (juga seorang guru) mempunyai anak yang ramai dan pandai.

Semua anak-anak mereka berjaya dalam akademik dengan ijazah perubatan, ijazah sarjana dan ada juga yang memiliki ijazah kedoktoran falsafah di universiti yang terkenal di dalam dan di luar negara.

Ringkasnya, semua anak-anak mereka kini berjawatan tinggi dan bergaji besar kecuali anak ke duanya yang tidak begitu ‘menjadi’ dan hanya melakukan kerja-kerja pertanian di kampung sahaja.

Namun apabila Cikgu Zakuan dan Cikgu Maimunah telah sampai ke tahap usia emas, ke semua anak-anaknya yang hebat dan berjaya tadi terus menetap di KL, Ipoh dan JB kerana berdekatan dengan institusi tempat mereka bekerjaya. Anak-anaknya yang mempunyai posisi istimewa di dalam kerjaya ini tidak mempunyai banyak kesempatan untuk meluangkan banyak masa dengan mereka yang semakin tua melainkan panggilan talipon dan ziarah di hari raya yang sangat mereka nanti-nantikan.

Tinggallah Angah, anak ke duanya yang merupakan seorang petani yang dikatakan oleh orang ramai sebagi tidak ‘menjadi’ itu. Angahlah yang tekun berkhidmat dengan mengiringi Cikgu Zakuan dan isterinya yang semakin tua ke masjid setiap hari dan juga menemani mereka menyertai aktiviti masyarakat kampung yang lainnya sehinggalah mereka berdua meninggal dunia.

Moga-moga kita berjaya memiliki anak-anak 'yang menjadi' dari pandangan 'mata hati'....





sumber: Dr Zainur Rashid Zainuddin

Sabtu, 24 Mei 2014

aku telah menghabiskan harta yang banyak


Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah. [Al Balad: 4]

Apakah dia (manusia) itu mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yang berkuasa atasnya? [Al Balad: 5]

Dia mengatakan, '' Aku telah menghabiskan harta yang banyak'' [Al Balad:6]

Apakah dia mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yang melihatnya? [Al Balad: 7]

Khamis, 22 Mei 2014

kelebihan solat

salam buat semua blogger2 di alam maya...
ABC nak kongsikan tentang kelebihan solat...
nie pun dengar masa singgah kat masjid nak solat asar...

1-Menyihatkan tubuh badan
2-Minda menjadi cerdas
3.Menguatkan tulang2 kita @ mengelakkan oestreoforasis @ tulang rapuh
4-Melancarkan peredaran darah 
5-Menguatkan fungsi jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan....

Itu yang ABC sempat dengar....
ada banyak lagi kelebihan solat nie...
kalau ada yang tahu boleh la kongsi2 ye...
wassalam...

tertekan dan sempit


Tertekan dan sempit ?

1-Sucikan diri dengan berwudhu'.
2-Ambil sebuah al-Qur'an terjemahan
3-Buka Surah ar Rahman (55)
4-Baca secara tenang dan hayati maksud ayat satu demi satu.
5-Bertafakkur sejenak....

Insya Allah, kita akan dapati bahawa nikmat Allah ini sangat banyak dan laluan kita ke hadapan terbentang dengan luas.





Sumber: Dr Zainur Rashid Zainuddin

Isnin, 19 Mei 2014

siapa nombor 3

Berdua pasti akan ada yang ketiga".
Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'.
Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama
setahun?
Sebulan?
Seminggu?
Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".
Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan 'pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua, adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".
 Cakap-cakap orang... Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, 'mungkin hal persatuan agaknya'... Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?"
"Inilah yang Allah nak elakkan,
'peluang-peluang' untuk orang mengata.
'Peluang-peluang' untuk orang berdusta.
'Peluang-peluang' inilah FITNAH".
"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki. But women?

sajak


Apakah kalian tidak melihatku
Yang telah menjual kegelapan
Dengan cahaya hidayah?
Aku berperang sebagai perajurit Ibnu 'Affan.
Hanya bagi Allah ku pasrahkan permata hatiku
ketika aku meninggalkan anak & hartaku
di sisi dua jurang.

Wahai para sahabatku
Perjalanan hidupku telah mendekati maut.
Saatnya bagiku untuk tidur sepanjang malam
Hidupku hanya tinggal hari ini
@ tersiasa sebahagian malam.
Maka janganlah kalian mempercepat kepergianku
kerana segalanya kini sudah jelas


Pembaringanku tergores hujung gigi
setiap kali kumiringkan tubuhku
sedangkan hujung kainku
selalu basah oleh air mata
Janganlah kalian benciku.
Semoga Allah memberkati kalian berdua
di bumi mana pun kalian berada.

Ahad, 18 Mei 2014

jam warisan


anak--> mak nak duit.

mak--> maaf nak,mak nak simpan duit ni untuk bayar sewa rumah.

anak--> kenapa dulu ayah tak nak beli rumah, jadi kita tak payah la nak duduk rumah sewa lagi. dah la sempit, tak best.

mak--> bersyukur la nak dengan apa yang ada. dulu ayah kamu seorang yang berhati hati dalam berbelanja. namun kerana sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan, duit yang ayah kamu simpan untuk membeli rumah telah ayah kamu gunakan kepada sesuatu yang lain.

anak--> arghhh alasan semua tu...kita ni hidup susah melarat macam ni pun sebab ayah la... pemalas. tengok sekarang apa yang kita kena hadapi.

emak--> jangan cakap macam tu nak. tak baik. kesian kat ayah kamu kalau dia dengar pasti dia terasa hati..

anak--> ayah takkan dengar punya.. dia kan dah takda...tu la dulu hidup banyak menyusahkan orang...dah mati pun menyusahkan orang...

emak--> nak tahu kenapa ayah kamu meninggal?

anak--> alaa mesti kes jenayah la tu.

emak--> yer ayah kamu ada buat salah.. tapi bukan kesalahan jenayah. kesalahan ayah kamu ialah dia sanggup memindahkan sebahagian hatinya untuk kamu. dan bayaran yang digunakan untuk menjalani pembedahan itu menggunakan wang untuk membeli rumah. dia telah mengalami komplikasi serius akibat kehilangan darah yang mendadak. dia lakukan semata mata untuk melihat anaknya yang baru berusia dua tahun itu dapat berjalan semula dan ketawa menghiburkan hatinya. dia tak fikirkan masa depannya, dia hanya fikirkan masa depan anaknya. sebelum meninggal ayah kamu ada berpesan "mah, andai abang pergi dahulu, abang harap mah jagalah anak kita dengan sebaik mungkin. berilah dia kasih sayang yang berhak dia dapat. mah, abang rasa masa abang dah sampai. halalkan segala galanya mah. abang banyak buat salah kat mah. abang tak dapat jadi suami yang sempurna untuk mah. namun abang tinggalkan mah dengan zuriat yang mampu menemani mah ketika abang tiada. mah, abang sakit ni. sakit mah... tapi abang sanggup menahannya untuk anak abang."

anak--> mak ckap apa ni?

emak--> buka la belakang jam peninggalan ayah kamu yang kamu pakai tu... ingat tak dulu kamu begitu suka dengan jam itu kerana jam itu sebagai penganti ayah kamu. kamu yang berkata begitu kan? nah sekarang buka lah belakang jam tu.

anak--> ada nota..."anak ku, andai kamu telah membaca surat ini, ketahuilah akan dikau ayah telah lama berada dalam hatimu... kasih ayah padamu tiada berakhirnya...ayah tunggumu di syurga... jaga la emakmu sepemergian ayah ini...anakku sayang..."

emak--> inilah orang yang kamu benci sebenarnya berada dalam hati kamu sendiri..

anak-->emak ampunkan dosa saya mak....ayah maafkan saya ayah...ya Allah tempatkanlah ayahku ditempat orang orang yang Engkau redhai...mak mulai sekarang saya akan membela hidup kita sekeluarga..

emak--> alhamdulillah..syukur kepada Allah..


Rabu, 14 Mei 2014

menghadapi ketidakpastian


menghadapi ketidakpastian
sering berlaku
usah resah dan gelisah
pasti ada jalan penyelesaian

Tidak pasti bila akan berjaya. Usaha dan usaha. Kejayaan akan hadir tepat pada waktu kau memerlukannya. Tidak pasti adakah kau akan selamat daripada perasaan takut suatu ketika dahulu. Tetapi, pada waktu sekarang perkara itu telah menjadi kenangan. Tidak pasti sampai bila kau harus bertahan, dan kau masih kekal berdiri sehingga sekarang.

Sampai saat kau dipanggil pulang. Ketika itu, kau yakin kau telah berbuat sehabis baik. Kau berpuas hati. Walaupun kadang orang menilai itu sebagai sia-sia, kau tetap percaya dan yakin. Pada waktu itu kau telah berjaya. Kau berjaya mempercayai diri sendiri. Kau berjaya memimpin diri sendiri.  

bersabar, berdoa, bertawakal
kita akan menjalani takdir hidup ini dengan tabah
sampai akhir waktu
dijemput Illahi. 



Ahad, 11 Mei 2014

berpura-pura

Hidup kita ini penuh kepura-puraan. Atau kita perlu berpura-pura untuk hidup. Kita berpura-pura demi kepentingan diri sendiri dan orang lain. Kita cakap, "masakan awak sedap", padahal ianya terasa masin. Kita berpura-pura demi menjaga hati orang lain. Kita juga berpura-pura berbaik dengan orang lain demi untuk menyakitkan hati orang tertentu. Atau dalam kata lain, membalas dendam.


Perlukah untuk berpura-pura. Dalam zaman sekarang, untuk survival hidup. Ramai yang memilih untuk berpura-pura. Kita terpaksa. Berpura-pura senyum dalam keadaan marah dapat menyelamatkan keadaan. Bayangkan jika kita ikutkan perasaan marah, pasti keadaan akan menjadi huru hara. Berpura-pura dengan harapan semuanya akan baik-baik sahaja pada akhirnya. 

Bukan kita yang hanya merancang, Allah juga turut merancang. Jadi, rencanakan perkara yang baik-baik dalam hidup  kita. Agar suatu hari nanti ianya tidak memakan diri sendiri.

Ahad, 4 Mei 2014

8 jenis fobia


1. agoraphobia (fear of open spaces or of being in crowded, public places)

2. arachnephobiba (fear of spiders)

3. bibliophobia (fear of books)

4. claustrophobia (fear of confined spaces)

5. felinophobia (fear of cats)

6. sociophobia (fear of society or people in general)

7. brontophobia (fear of thunder and lightning)

8. dentophobia (fear of dentist)

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...