Ahad, 30 Oktober 2011

CARILAH KEKUATAN ITU


              
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia.. Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja.. Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelefon dirimu.. Allah sentiasa berada di sampingmu.
Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.. Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa
tertekan.. Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

                                

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan.. sebenarnya Allah
sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap
syukur.. Allah telah pun memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. Allah akan tersenyum kepadamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.. Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Oleh itu ingatlah bahawa di manapun kau atau ke manapun kau berada.. Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.
Sumber Text: Ukhwah , sumber http://www.iluvislam.com/
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا 5 إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا 6
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)
(Surah Ash-Sharh 2: Ayat 5-6)


Selasa, 25 Oktober 2011

MINUM AIR SUAM

                                                     
Setiap pagi sebelum anda mandi dan menggosok gigi , amalkanlah meminum segelas air suam. Minum dalam sekali nafas @ sekali teguk sahaja.


                                                                  


Amalan ini akan memudahkan pembuangan air besar di waktu pagi. Seelok-eloknya , lakukan perbuatan ini sebelum anda mengambil makanan lain. Perjalanan darah akan semakin lancar dan badan juga akan kekal cergas sepanjang hari.

Isnin, 24 Oktober 2011

MINYAK WANGI ISTEMEWA

                                                  

Ada seorang mamat masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat 8 sebuah bangunan.


Sampai di tingkat 1 , masuk seorang gadis cun lalu menyembur minyak wangi ke tubuhnya . "Ini minyak wangi mahal taw , jenama Beverly Hills , RM400 sebotol ," katanya dengan sombong. Mamat itu bengang giler.


Apabila tiba di  tingkat 3 , masuk pula seorang mak datin , juga menyembur minyak wangi ke tubuhnya. "Minyak wangi Vecinza dari Itali berharga RM1000 sebotol tau ," kata mak datin lagi angkuh. Sampai di tingkat 8 , pintu lif terbuka dan mamat tadi  bersedia untuk keluar dari lif.



"Pr0000tttt!!!". Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan 'gas aslinya' dalam lif. "Telur rebus kedai mamak , tak mahal cuma 50 sen sebiji jer..." kata mamat tu selamba sambil meninggalkan kedua2 perempuan yang mula muntah di dalam lif. 

Jumaat, 21 Oktober 2011

PERINGATAN RASULULLAH UNTUK WANITA

                                           

''wanita , apabila ia bersembahyang 5 waktu , puasa sebulan Ramadhan , memelihara kehormatan serta taat akan suaminya , maka masuklah dr mana2 pintu syurga yg ia kehendaki'' (Riwayat Ahmad , Ibnu Hibba , Thabrani , Anas bin Malik)


''Perempuan itu aurat , maka apabila ia keluar , mendongaklah syaitan memandang akan dia'' (Riwayat Tarmizi)


''Dikahwini wanita kerana 4 perkara : hartanya , keturunannya , kecantikannya , dan agamanya. Maka carilah yg kuat agamanya , nescaya kamu bertuah'' (Riwayat Bukhari)


                                        


''Dunia adalah sebaik2 perhiasan dan sebaik2 perhiasan adalah wanita (isteri) yg solehah'' (Riwayat Muslim)


''Apabila lari wanita dr rumah suaminya , tdk diterima sembahyangnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangan kpd suaminya (meminta maaf)'' (Riwayat Hassan)


''Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu'' (Riwayat Imam Ahmad)

Sabtu, 15 Oktober 2011

MENGAPA LELAKI SUKA BERLAGAK SELAMBA

                                                            
Satu kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Amerika Syarikat mendapati , lelaki hanya menggunakan sebahagian sahaja otaknya untuk mendengar manakala wanita pula menggunakan kedua2 belah otak.


Tidak hairanlah kalau masalah jantina ini kerap menggangu perhubungan anda dan dia. Mana tidaknya , ketika isteri sedang panas hati dan meluahkan perasaannya , lelaki hanya mendengar sedikit sahaja manakala sebahagian lagi mindanya sedang membayangkan perkara lain.


                                                       


Patutlah lelaki nampak 'c00l' ketika sedang berselisih faham walhal perbuatan itu hanya akan lebih menyakiti pasangan.

Rabu, 12 Oktober 2011

WANITA YANG MULIA PADA PANDANGAN ALLAH


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan dirinya."

Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s.a.w. ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang dijalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya : "Wahai isteriku, janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali."

Secara kebetulan ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan itu, "Agar dia taati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya & tidak berani keluar rumahnya.
 
Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.

Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat ke dalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka dan bila melihat ke dalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita semua akan ALLAH....

Ahad, 2 Oktober 2011

KENAPA MENGGELETAR

                                    
Pernahkah anda menggeletar secara tiba2?


Ia merupakan tindakan luar kawal yang akan berlaku pada mana2 anggota badan terutama tangan. Faktor berlakunya sindrom ini adalah sejarah keluarga , simptom penyakit @ kesan pengambilan sebarang dadah.


                                      


Seseorang itu akan menggeletar pada masa yang tidak diduga , sama ada ketika sedang menulis @ berehat. Anggota lain yang berkemungkinan mengalami masalah ini adalah kepala , muka , kelopak mata dan lengan.


Ada masanya , ia juga boleh dikenal pasti melalui getaran pada suara.

Sabtu, 1 Oktober 2011

kerdipkan mata sejenak

                                 
Mata adalah 1 aset yang paling berharga dan harus dijaga. Apatah lagi , ketika berkerja dan sering berhadapan dengan 'monitor ' komputer membuatkan mata anda menjadi letih. Jadi , untuk menghilangkan penat pada mata , apa kata anda lakukan :


1. Rehatkan mata sejenak - Jangan terus-terusan menghadap 'monitor' komputer. Ambil beberapa minit untuk merehatkan mata anda. Segarkan mata dengan melihat pemandangan di luar @ melihat tanaman hijau di sekitar anda.


                                            


2. Mengerdipkan mata untuk elak mata menjadi kering - Selalulah mengerdipkan mata kerana ia akan mengeluarkan air mata dan menyebarkan ke seluruh permukaan kornea mata agar mata kekal lembap dan jernih.

kerdipkan mata sejenak

                                 
Mata adalah 1 aset yang paling berharga dan harus dijaga. Apatah lagi , ketika berkerja dan sering berhadapan dengan 'monitor ' komputer membuatkan mata anda menjadi letih. Jadi , untuk menghilangkan penat pada mata , apa kata anda lakukan :


1. Rehatkan mata sejenak - Jangan terus-terusan menghadap 'monitor' komputer. Ambil beberapa minit untuk merehatkan mata anda. Segarkan mata dengan melihat pemandangan di luar @ melihat tanaman hijau di sekitar anda.


                                            


2. Mengerdipkan mata untuk elak mata menjadi kering - Selalulah mengerdipkan mata kerana ia akan mengeluarkan air mata dan menyebarkan ke seluruh permukaan kornea mata agar mata kekal lembap dan jernih.

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...