Rabu, 2 November 2011

BERNAFAS DENGAN BETUL

                                        
SEMUA orang tahu bernafas itu penting untuk terus hidup , tetapi tidak ramai yang tahu kepentingan bernafas dengan betul.


Kebanyakan orang hanya akan mengambil nafas pendek yang mengakibatkan kecergasan kardiovaskular mereka menjadi lemah. Jika anda bernafas , udara akan memenuhi paru2 anda. Oksigen yang terdapat dalam udara akan berpindah dari paru2 ke aliran darah dan kemudian ke organ2 utama tubuh oleh darah.


                                      


Jika anda bernafas lebih dalam , ia akan memberi lebih udara kepada paru2 anda. Selain meningkatkan kadar metabolisme anda , ia turut menggiatkan otot serta menenangkan perasaan anda.


Bernafas dalam2 juga dapat melapangkan fikiran selain memperbaiki fokus mental seseorang. Ini menjadi faktor mengapa kita digalakkan untuk bernafas panjang sebelum melakukan kerja berat.   
Catat Ulasan

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...