Rabu, 30 November 2011

penjual kuih yang selamba

Suatu hari , sebuah keretapi meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan.


Di perkampungan tersebut , ada seorang wanita penjual kuih yang tinggal berhampiran landasan tersebut baru sahaja selesai membasuh kain berwarna merah. Selesai membasuh , dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur pada pagar yang berhampiran landasan.
                                                            
Dari jauh , pemandu keretapi terlihat seorang wanita dengan mengibas kain berwarna merah. Oleh kerana menyangka perbuatan wanita tersebut sebagai isyarat bahaya , terus pemandu keretapi membrek secara mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting.


Apabila keretapi berheni tepat di depan wanita tersebut , pemandu keretapi terus bertanya , "Ada apa puan?"


                                         


Dengan selamba wanita itu menjawab , "Yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje...."  

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...