Selasa, 29 November 2011

wanita ibarat bunga


Wanita Solehah : Penyeri Taman Syurga

Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...

Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
kerana akhlak itu umpama bunga diri..

Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila
dipandang tetapi busuk baunya...

Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan
sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah
telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan
mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip
oleh wanita solehah. Kerana itulah...

Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba
yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah...

Firman Allah Subhanahu wta'ala dalam kitab-Nya yang amat mulia:

An-Nisa', ayat 124 yang bermaksud...
Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya : "Harta yang paling
berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim

:::::Wanita Menurut Perspektif Islam:::::::::

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana
eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga
lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.

Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki
dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah).

Allah Subhanahu wata'ala telah berfirman, maksudnya:

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik
lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu
masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
An-Nisaa : 124

Rasulullah Salallahu'laihi wassalam (S.A.W) juga turut menyuruh umatnya supaya
memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang
bermaksud :
"Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas
adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik
dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya."
HR At-Tirmidzi

Rasulullah (S.A.W) telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan
menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang
bermaksud....
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka
diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas,
jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu
membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum
wanita kamu."Al-Bukhary dan Muslim.

Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh
dinafikan.
Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka.

Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

insya-Allah sama kita baiki, baik Muslimin atau khususnya pada Muslimat.

wallahu'alam
wassalam

Catat Ulasan

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...