Isnin, 14 November 2011

JERUK MANGGA

                                          
Alkisah tentang pelajar tahun 6 di sebuah sekolah rendah yang menyambut Hari Guru telah berebut untuk memberi hadiah kepada cikgu kesayangan mereka , Cikgu Lina.


Apabila loceng tamat kelas berbunyi , semua pelajar tahun 6 Gigih beratur untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka. Tibalah giliran Munah , ketua kelas dengan kotak yang bersaiz besar dan cantik , lain dari yang lain menghulurkan hadiah kepada Cikgu Lina. Sambil tersenyum simpul , Munah meminta cikgunya meneka , bermula dari kek hinggalah lampu tidur.


Semua itu disambut dengan gelengan kepala Munah. Tidak semena-mena , ada cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak itu. Dengan lajunya , Cikgu Lina mencalit titisan cecair itu dengan jarinya dan memasukkan ke dalam mulut. "Hmmm...masam la...cikgu tau dah..kamu hadiahkan cikgu jeruk mangga ye. Mana kamu tahu kegemaran cikgu nie?Pandainya."


                                


"Emmm...sebenarnya cikgu , saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING ,"terang Munah sambil berlalu dari situ. 

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...