Isnin, 28 November 2011

sebuah takdir kehidupan

 Saban hari,dugaan datang dan pergi
Hinggakan ku menangis sendirian
Tak pernah ku sesali akan ujian ini
Kerana ku yakin akan setiap hukum Tuhan
Untuk sekalian hamba-Nya
Hakikat sebuah kehidupan
Penuh ranjau berduri
Kegagalan dan kekecewaan bagai
Sudah sebati dalam jiwa
Namun hidup perlu diteruskan
Kadangkala....
Aku sering jua tewas dengan
Panahan rencah kehidupan ini
Hinggakan ku tahu betapa peritnya suatu dugaan
Apabila pengalaman itu menjengah dunia
                   
Seakan tidak percaya....
Namun itulah kehidupan
Asam garam,pahit getir adalah suatu pengalaman
Bukan hanya untuk hari ini
Malah untuk selamanya....
Selagi kita bergelar hamba pada-Nya
Walau hati mengucap sabar
Jiwa seakan terus bertanya
Kenapa dan mengapa dugaan
Seperti ini yang harus dilalui
Ku pujuk diri....
Mencari redha Ilahi.
Titisan air mata penyesalan gugur
Menyembah bumi
Andai ini takdirnya
Untuk apa dikesali,sesuatu yang telah terjadi....
Bangunlah dari kekecewaan
Tegakkan semula ‘iman kekuatan’
Jadikan pengalaman sesuatu
Yang indah untuk dikenang
Walau dalam apa jua bentuknya
Apa jua perisainya....
Pasrahkan diri menerima takdir Ilahi
Ujian yang diberikan pasti akan ada hikmahnya
Itulah janji Tuhan.....

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...