Khamis, 19 November 2015

kepentingan

Wahai anakku,
Janganlah engkau terlalu mengharapkan apa yang ada ditangan manusia, nescaya kamu akan kecewa.Tetapi harapkanlah apa yang ada pada Allah, kerana itu lebih baik dan lebih mulia bagimu.

Wahai anakku,
Kenapakah kamu rasa apa yang ada pada manusia lebih kamu yakini untuk kamu memperolehinya ? Sejak bila kamu rasa manusia menjadi punca rezekimu, lalu kamu menyanjungi manusia yang memberikannya kepada kamu, dan kamu melupai Tuhan yang menyalurkan rezekimu melalui tangannya. Apakah wajar penerima surat terlalu bersyukur kepada posmen yang menghantar surat, sedangkan ia tidak pula berterima kasih kepada penulis surat.

Wahai anakku,
Selagi mana kamu mengharap dari manusia, selama itulah kamu berada dalam kemiskinan, namun bilamana kamu mengharapkan dari Allah, maka kamu menjadi manusia yang kaya. Kamu akan yakin bilamana Allah memberikan sesuatu kepadamu, maka tentulah itu yang baik bagimu, dan bilamana Allah menangguhkannya, maka itu adalah juga kebaikan bagimu.



Wahai anakku,
Seorang pesakit mesti memakan ubat mengikut apa yang diarahkan oleh doktor, walaupun sekali dua kali ia makan, mungkin sakitnya hanya hilang seketika sahaja, ia perlu terus sabar memakan ubat tersebut sehinggalah ia sembuh. Jangan kerana ia ingin segera sembuh, lalu ia menelan semua ubat tersebut sekaligus, tentulah mendatang mudarat baginya. Demikianlah Allah memberi rezeki kepada hambanya sesuai dengan keperluannya, andainya Allah menurunkan semua rezekinya, nescaya matilah manusia dengan rezeki tersebut. Sebagaimana matinya pesakit yang menelan kesemua ubat sekaligus.

Wahai anakku,
Bersabarlah di atas kesusahan kamu di dunia ini, janganlah kerana kesusahan dan kemiskinan itu kamu melanggar larangan Allah. Kesusahan kamu di dunia dalam perhatian Tuhanmu. Ia tidak akan biarkan kamu menderita untuk menganayai kamu, kerana Allah tiada kepentingan denganmu,tetapi kamulah yang berhajat kepada Allah.

Wahai anakku,
Andainya kamu dalam kesusahan, perhatikanlah orang yang lebih susah darimu agar dengan itu kamu akan bersabar dan bersyukur. Andainya kamu senang, ingatlah saat kamu dalam kesusahan agar dengannya kamu mampu menolong orang yang susah.

Wahai anakku,
Kamu mendengar rayuan dan ritihan hamba Allah berhadapan dengan kesusahan hidup dunia, lalu ia sabar dengan ujian Allah lebih baik dari kamu mendengar gelak tawa manusia yang kaya yang derhaka kepada Allah.

Wahai anakku,
Engkau sabar sekejap dengan derita dunia, lebih ringan bagimu dari engkau ingin bersabar dengan azab Allah di akhirat. Engkau taat sekejap di didunia ini, nescaya kamu akan mendapat rahmat Allah yang berpanjangan di akhirat.

Senyumlah kepada dunia, kerana ia gagal menipumu.



Hasil carian imej untuk dam

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...