Rabu, 6 Julai 2011

APABILA ENGKAU SANGGUP

Apabila engkau telah sanggup mengekang nafsumu,tahan pada masa semua orang telah ditarik oleh syahwatnya,apabila engkau sendiri masih percaya kepada dirimu,pada masa orang lain telah ragu.


Apabila engkau telah sanggup menghadapi wajahmu dengan kesabaran dan menunggu dengan tenang,pada hal berbagai tuduhan telah ditimpa kepada dirimu.

Apabila engkau telah sanggup mengatasi hidup,tiada terlonjak gembira bila dia datang,dan tiada terlalu sedih bila ia pergi.Tidak sukacita tatkala tertawa dan tidak berduka ketika menangis.

Apabila engkau telah sanggup menahan pukulan,melihat nasihatmu yang berharap dan keikhlasan hatimu diambil jadi senjata oleh orang-orang yang lemah.

Apabila engkau telah sanggup menentukan tujuan dan batasnya tetapi tak berhasil menunjukkan yang pertama,lalu tegak lagi dan engkau mulai pula dengan tidak mengeluh.

Apabila engkau telah sanggup menahan hatimu melihat pendirian yang engkau perjuangkan dan perubahan yang kau kehendaki tidak diperhatikan orang

Apabila engkau telah sanggup mendorong hatimu ke muka dalam perjuangan hidupmu,dan menghadapi dunia,baik pada waktu manis atau pahit dengan tetap memelihara keutamaan dirimu pada waktu yang mana jua pun

Apabila benci musuhmu dan sayang temanmu tidak lagi mempengaruhi tegakmu yang adil

Apabila engkau telah sanggup mengambil hikmah daripada pergiliran zaman,dan mengambil manfaat daripada pergantian hidup dan semuanya dapat kau kuasai,dan bukannya engkau yang dikuasai

Apabila engkau telah sanggup menghadapi semuanya itu,maka engkaulah seorang pahlawan dan engkaulah yang berhak mempusakai dunia seisinya serta engkaulah sebenar-benar insan,hai anakku.

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...