Í Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
Í Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
Í Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
Í Wanita menghadapi banyak permasalahan. Sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
Í Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
Í Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
Í Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
Í Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
Í Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya tetapi dia tidak bisa melupakannya.
Í Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
Í Sebelum berkahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
Í Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya maka dia telah menjual kemerdekaannya.
Í Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
Í Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
Í Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
Í Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
Í Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci dan tidak mengenal pertengahannya.
Í Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
Í Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
Í Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
Í Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
Í Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
Í Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
Í Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik. Yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
Í Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
Í Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
Í Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
Í Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
Í Wanita pada umumnya takut akan tiga hal: tikus, munculnya uban dan wanita- wanita cantik yang menjadi saingannya.
Í Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
Í Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
Wallahua'lam
2 ulasan:
menarik :D
aku wanita biasa :)
Catat Ulasan