"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih
Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2
lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih
pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang
yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...
1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat
pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya
Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata
gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.
3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai
seorang Islam.
4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika
berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.
8-Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk
ibu bapanya dan ahli keluarganya. Jika ibu bapanyanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab
10-Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang,
setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya..."
Pesanan Luqman Hakim kepada anaknya:
Sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu:
1. Apabila engkau sedang solat kepada Allah maka jagalah baik-baik fikiranmu
2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka peliharalah pandanganmu
3.Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu
4. Apabila engkau hadir di jamuan makan maka jagalah perangaimu
5. Ingatlah kepada Allah.
6. Lupakan baik budimu kepada orang lain
7. Lupakan segala kesalahan orang lain terhadap dirimu
8. Ingat kepada mati
2 ulasan:
susah nak cari... yang perfect semuanya...
thx untuk takzirah ne...
Segmen : Gadget Kesayanganku
Catat Ulasan