Selasa, 5 Julai 2011

7jenis cinta




                                                               1.  CINTA PERTAMA                                                                      
Kadang-kadang boleh berubah seiring dengan waktu. Jadi, pandai-pandailah bagaimana merawatnya supaya cinta pertama tetap segar..first love never dies..yang pertama belum 
tentu yang terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yang terbaik..
 
2.  CINTA PEMBIMBING
Hmm..yang ini biasanya dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yang juga boleh menjadi guru™,seorang yang boleh kita jadikan idola dan yang dapat 
menolong mengembangkan bakat @ diri kita.
 
3.  CINTA MENGGODA
Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap 
yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

 

4.  CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua-dua belah pihak aman bahagia. Tetapi perbezaan status sosial yang terlalu jauh kadang-kala boleh membuat salah satu pihak merana.  
Apabila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat.
 
5.  CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yang tertarik kepada lelaki yang dah terikat atau sebaliknya ada wanita yang gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, terikat itu 
telah menimbulkan cabaran dan dugaan yang cukup sukar ditepis.
 
6.  CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya.. So, 
berikanlah cinta yang tulus kepadanya. Think positive!
 
7.  CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak. Mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja orang masuk meminang. Usaha kena ada juga. Oleh itu, berusahalah kita untuk mendapatkan 
cinta yang kita inginkan!
 
Apa yang pasti, cinta yang Agung itulah yang kekal abadi. Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi, kasih Tuhan tiada bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti..
     
     Wallahu A'lam...

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...