Ahad, 31 Julai 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

                                        
salam..saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia terutamanya di Malaysia.Semoga ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan kepada diri kita.Marilah kita sama-sama meningkatkan amalan sepanjang ramadhan ini..Marhaban Ya Ramadhan..
Wassalam...

Khamis, 28 Julai 2011

pukul berapa

                                                

Satu pagi di sebuah stesen keretapi,seorang makcik tua bertanya kepada kerani yang bertugas di kaunter....

Makcik: Anak,keretapi sampai jam berapa ya??

Kerani: Keretapi pukul 2 pagi dari Kedah,pukul 5 pagi dari Kelantan,Gemas pukul 7 malam dan 12 tengah malam dari Penang.Errr,makcik nak pergi mana?

Makcik: Tak ke mana.Makcik nak melintas jea..

Kerani: @%*^^

Rabu, 27 Julai 2011

negara paling selamat di dunia 2011

Di bawah adalah senarai negara2 paling aman di dunia..


  1. Iceland       
  2. New Zealand
  3. Japan
  4. Denmark
  5. Czech Republic
  6. Austria
  7. Finland
  8. Canada
  9. Norway
  10. Slovania
Dan Malaysia adalah yang ke-19 daripada 153 buah negara yang terdapat di dunia nie....wah3..bangga tuh..Malaysia juga menjadi negara paling selamat untuk dilawati di Asia Tenggara..dan ke-4 di rantau Asia Pasifik..bersama-samalah kita menjaga keamanan negara ini untuk kesejahteraan bersama..(-:

Ahad, 24 Julai 2011

aurat bukan hanya pada pakaian


Aurat  adalah kehormatan seseorang yang bergelar manusia. Sesiapa yang menutup aurat akan dihormati oleh Allah S.W.T dan lelaki yang soleh. Dengan itu sepatutnya wanita tidak menghadapi dilema tentang kehormatannya, samaada hendak menjadi  pujaan atau gosip lelaki dengan bebas bergaya, atau menjaga kehormatannya supaya disukai oleh Allah S.W.T. dan orang soleh. Kita tentu suka apa yang Allah S.W.T. suka.

Walau bagaimana pun, ada lelaki yang suka akan perempuan yang mendedah aurat. Dengan itu ada wanita yang bertindak ikut pengaruh lelaki. Jika para lelaki mahu kehormatan wanita terjamin hendaklah lelaki sendiri yang  bermoral. Akhirnya dengan pengaruh lelaki bermoral akan memuliakan masyarakat.

Namun begitu, menutup aurat bukan sekadar memakai pakaian menutup tubuh. Oleh kerana aurat ialah kehormatan, menutup aurat merangkumi menutupi semua yang merosakkan kehormatan wanita. Sebuah hadis bermaksudkan ,”Wanita itu sendiri adalah aurat”. Bermakna apa sahaja yang ada pada wanita adalah aurat. Suara, bauan, lenggang-lenggok dan rupa paras mereka adalah kehormatan. Justeru itu, seseorang yang tahu kehormatannya, akan membataskan suaranya, bauannya, lenggang-lenggoknya, rupa-paras dan gimiknya kepada mereka yang dibenarkan sahaja. Wanita yang menutup aurat kelihatan lebih cantik jika faham erti aurat itu lebih luas.Umpamanya sesudah bertudung dia tidaklah lagi berdua-duaan .Wanita yang tidak tahu gimik mudah terpelihara dari sifat ego. Kalau sudah ego solat tidak akan khusuk, dan bergaul pun tak harmonis. 

Demikianlah kalau dedahkan  kehormatan-kehormatan itu kepada bukan mahram akan timbul fitnah pada diri sendiri dan masyarkat. Pilihlah kesuciaan dan yang pastinya adalah kekal kesuciaannya adalah kekal sampai mati kerana menurut sebuah hadis, wanita berpeluang masuk syurga kerana empat perkara, menjaga solat, berpuasa, memelihara kehormatan dan taat pada suami. Jadi, marilah kita menilai diri kita berkaitan aurat. Apa kita rasa apabila bersua orang  tidak siuman tanpa pakaian? Kita tentu malu, seolah-olah ia membocorkan rahsia dan kehormatan kita. Jika begitu kita masih waras, kerana merasai aurat adalah memalukan dan mesti ditutup dan dipelihara.

Malah, bagaimana pula kalau separuh bogel, topless, pakaian ketat atau dedah pusat? Semua ini akan menjatuhkan maruah dan memalukan orang yang beriman dan ibu bapa yang bermoral. Ibu bapa yang semacam ini akan membataskan pakaian dan tempat tidur anak perempuan mereka sekalipun di rumah. Ini boleh mengelakkan berbagai peristiwa malu termasuk perbuatan haruan makan anak.


Maka sebagai seorang umat Islam kita seharusnya menutup aurat kerana ia adalah kehormatan. Kesan utama apabila memelihara aurat ialah timbulnya perasaan malu. Sifat malu adalah sifat wanita sejati (malu untuk bertindak liar dan menjatuhkan maruah keluarga, agama dan bangsa).

Sabtu, 23 Julai 2011

perkahwinan nurul syuhada nurul ain

Pengacara majalah 3,Nurul Syuhada Nurul Ain akhirnya berkahwin dengan calon pilihan hatinya,Raja Azmi Shah..majlis perkhawinannya telah diadakan di KLCC Kuala Lumpur..

Di sini,beberapa gambar perkahwinan yang telah berlangsung...






sama cantik dan sama padan..semoga berbahagia hingga ke anak cucu..

Wassalam....

Khamis, 21 Julai 2011

bersyukur sebab tak cantik

~BeRSyUkUr sEBaB "tAk cANtIk" ~
Kerana saya tidak cantik..
saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik..
saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik..
saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.
Paling penting, kerana saya tak cantik..
saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa..

Selasa, 19 Julai 2011

pesan cinta untuk perempuan

Berbahagialah kita kaum perempuan. Lebih dari empat belas abad yang lalu Islam telah membebaskan kita dari kesengsaraan. Kegelapan Jahiliyah yang menghinakan telah berganti. Terang benderang cahaya Islam mengangkat perempuan dalam posisi yang paling mulia. Sudahkah anda merasakannya? Semaklah beberapa pesan cinta yang kami pilihkan:

“Sesungguhnya Aku(Allah) tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki mahupun perempuan.” (QS. Ali Imran:195)

“Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan (akan mendapat) surga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal didalamnya dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di surga ‘And. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar, itu adalah keuntungan yang besar.” (QS. At-Taubah:72)

Dalam riwayat lain Umar berkata: “Pada zaman Jahiliyah kami tidak menghargai perempuan sedikit pun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak pada kami.” (Hadis Riwayat Bukhari)

“Barang siapa yang diuji dalam urusan anak-anak perempuan ini, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai baginya dari neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Anas bin Malik berkata: “Seorang perempuan kaum Anshar datang menemui Rasulullah S.A.W. Berbincang-bincang dengannya, kemudian berkata: ‘Demi Yang berada dalam genggamanNya, kalian adalah orang-orang yang paling aku cintai.’ Beliau mengulangi ucapannya dua kali.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ummu ‘Athiyyah berkata: “Aku ikut berperang bersama Rasulullah S.A.W. sebanyak tujuh kali. Aku selalu ditempatkan di belakang pasukan. Akulah yang membuat makanan untuk mereka, mengubati yang luka-luka dan menolong yang sakit.” (Hadis Riwayat Muslim)

Seorang shahabiyah yang bertanya kepada Rasulullah apakah seorang perempuan boleh mengurus pertaniannya, dijawab Beliau: “Tidak apa-apa, potonglah buah kurmamu. Barangkali dengan begitu kamu bisa bersedekah atau melakukan sesuatu kebajikan.” (Hadis Riwayat Muslim)

“… Dan perempuan adalah pemimpin atas penghuni rumah suaminya dan anaknya, dan dia bertanggungjawab terhadap mereka.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Perempuan adalah tiang negara. Jika baik (akhlak) perempuannya, baiklah negara itu. Tetapi jika buruk (akhlaknya) buruk pula negara itu.” (Petikan syair Arab)

“Seorang ibu adalah sekolah … apabila kamu siapkan dengan baik … bererti kamu menyiapkan satu bangsa yang harum namanya.” (Petikan syair Arab)

Demikianlah sebagian pesan cinta dari kami. Semoga Allah sentiasa menuntun kita dalam kebaikan, dalam menebarkan cinta kasih kepada sesama insan. Seperti cinta kasih Rasulullah terhadap umatnya: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu’min.” (QS. At-Taubah:128)

Isnin, 18 Julai 2011

pakaian perempuan dari sudut mata lelaki

Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubung kait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

        Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa? rasanya semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

        Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pahanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pahanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?



        Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

        Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki
itu dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar seorang diri, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang-kurangnya tiga wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat. 





        Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Wallahualam. Wassalam. Sekian.

Ahad, 17 Julai 2011

wanita bertudung sebab nak cantik

Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.


Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.



Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.



Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?



Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.



Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.



Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

perbezaan wanita daripada lelaki


Í Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat   menahan (menjaga) malunya,  sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

Í Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

Í Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

Í Wanita menghadapi banyak permasalahan. Sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk  ke liang kubur.



Í Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

Í Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

Í Perawan tua ialah wanita yang kehilangan  kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

Í Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini  hanyalah seorang suami dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

Í Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya tetapi dia tidak bisa melupakannya.

Í Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

Í Sebelum berkahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

Í Barangsiapa mengahwini wanita kerana  hartanya maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Í Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Í Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Í Wanita tertawa bila ia mampu dan  menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

Í Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

Í Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci dan tidak mengenal pertengahannya.


Í Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

Í Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

Í Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

Í Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
Í Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Í Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

Í Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik. Yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Í Bagi lelaki, yang terakhir kali mati  ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

Í Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

Í Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah  kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

Í Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

Í Wanita pada umumnya takut akan tiga hal: tikus, munculnya uban dan wanita- wanita cantik yang menjadi saingannya.

Í Isteri yang bersikap jujur dan setia  kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

Í Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

 Wallahua'lam

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...